Khamis, 18 Mei 2017

Sesi Soal Jawab Erry Arham Azmi Bersama: Muhammad Faizal Sidik'

Oleh: Erry Arham Azmi


Erry Arham Azmi (2016), 'Sesi Soal Jawab Erry Arham Azmi Bersama: Muhammad Faizal Sidik' dalam Soal Jawab Peranan Kurator Seni Visual Malaysia: Siri I, Penerbit EAA, Shah Alam, ms 98-109.



AA: Assalamualaikum Encik Faizal dan terima kasih kerana sudi melapangkan waktu untuk ditemui bual. Tujuan temu bual ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan peranan kurator dan tugas kuratorial. Sebagai permulaan, boleh En Faizal berkongsi sedikit tentang latar belakang serta pengalaman En. Faizal ?

FS: Terima kasih. Saya berumur 35 tahun dan mula berkhidmat sebagai kurator di Balai Seni Visual Negara pada tahun 2010. Sebelum itu saya berkhidmat sebagai tenaga pengajar dibeberapa buah IPTA dan IPTS. Bermula pada tahun 2001, selepas tamat pengajian dari ITM cawangan Perak, saya dijemput untuk menjadi tenaga pengajar secara kontrak di ITM dan mengajar dalam bidang Seni Halus, pengkhususan dalam seni arca. Setahun selepas itu, sekitar 2002 hingga 2008 saya mengajar dibeberapa tempat lain antaranya adalah di MTDC Multimedia Academy, UPM dan kolej swasta. Tahun 2009 saya berkhidmat bersama Segi College, di Kota Damansara dan pada tahun 2010 mula berkhidmat dengan Balai Seni Lukis Negara hingga kini

AA: Jadi, bila Encik Faizal mula terlibat dalam kerja kuratorial atau menjadi kurator?

FS: Saya memulakan tugasan kuratorial ini sejak mula mengajar di ITM Perak sekitar tahun 2001. Saya berperanan mengelolakan pameran yang bertajuk 'Dinamika Tampak' yang bertempat di Yayasan Kesenian Perak di bawah naungan Raja Ahmad (Aminullah). Kurator yang turut membantu ketika itu ialah Nur Hanim Khairuddin dan Zazlan Zeeha. Tugasan ini masih diteruskan ketika masih berkhidmat di MTDC Multimedia Academy, dimana pihak pengurusan kolej telah memberi peluang untuk saya menguruskan galeri di kolej tersebut. Kadang-kadang khalayak luar tidak nampak apa yang kita lakukan dengan kerja dan artwork yang ada,  jadi masa di MTDC itu ada beberapa galeri dan saya bahagikan kepada satu galeri pelajar. Maknanya di situ saya pemerkan hasil karya-karya pelajar MTDC tu berfokus kepada multimedia, kerja animasi, grafik, multimedia maknanya ia bukan fine art. Tugas saya juga untuk jemput artis luar datang untuk buat group show.

AA: Apakah peranan Faizal ketika itu? Adakah sebagai seorang kurator atau seorang pengurus pameran?

FS: Saya bertindak sebagai seorang kurator.

AA: Adakah ini titik permulaan En. Faizal dalam bidang kuratorial?

FS: Pengalaman saya dalam bidang kuratorial ini secara rasminya bermula pada tahun 2001. Saya banyak terlibat dalam menguruskan pameran dan menghasilkan penulisan yang berkaitan sesebuah pameran.

AA: Berdasarkan pengalaman En. Faizal sebagai seorang kurator sebelum ini dan di luar konteks organisasi Balai Seni Lukis Negara, apakah tugasan yang sering dilakukan?

FS: Pelbagai tugasan yang saya lakukan sebelum ini, antaranya mengumpul bahan untuk penyelidikan serta tugasan kerja pra produksi sehingga pasca produksi

AA: Adakah sepanjang proses tugasan ini En Faizal mempunyai pembantu?

FS: Tidak. Kebanyakan tugasan termasuk susunan karya serta promosi juga turut saya laksanakannya sendiri, kecuali tugasan penggantungan karya, di mana akan ada penglibatan di kalangan pelajar-pelajar ketika itu. Dari segi tugasan promosi, saya juga yang merancang dan mengatur janji temu bersama pihak media.

AA: Tahun 2010 En. Faizal mula berkhidmat dengan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan kurator. Pada waktu itu En. Faizal ditempatkan di bahagian mana?

FS: Pada permulaannya saya ditempatkan di Bahagaian Koleksi dan Konservasi.

AA: Apakah tugasan dan tanggungjawab En. Faizal semasa di tempatkan di Bahagian Koleksi dan Konservasi.

FS: Ketika itu saya berperanan sebagai pendaftar karya. Karya-karya yang terpilih sebagai koleksi akan didaftarkan. Disamping itu saya juga turut terlibat dalam tugasan penyelidikan terhadap karya koleksi, perolehan karya koleksi, pemantauan terhadap karya koleksi serta bertanggungjawab dalam memilih karya-karya koleksi untuk dipamerkan di galeri.

AA: Pada tahun berapa En. Faizak ditukarkan ke Bahagian Penyelidkaan dan Pameran ini?

FS: Saya lebih banyak menjalankan tugasan penyelidikan. Penyelidikan itu tidak terus ke koleksi saja, maknanya saya boleh buat penyelidikan apa-apa sahaja untuk pameran yang ingin dijalankan, disamping membuat penyelidikan semasa iaitu karya koleksi. Bahagian penyelidikan sebenarnya menyokong pameran,  jadi banyak penyelidikan yang dilakukan adalah berteraskan kepada pameran, contohnya dari segi bahannya, artisnya, atau bentuk pameran. Saya lebih berminat untuk menyelidik koleksi BSVN sebenarnya, saya rasa banyak lagi kita boleh kongsikan dengan masyarakat tentang koleksi kita terutama di BSVN ini. Sebagai satu inisiatif yang lebih cepat, saya tulis dalam majalah Senikini, yang BSVN keluarkan sendiri.

AA: Antara tulisan-tulisan yang pernah Encik Faizal hasilkan?

FS: Ada beberapa yang saya tulis tentang Robert Rauschenberg, 'Yang Teragung' antaranya. Masa Rauschenberg buat pameran bergerak ROCI (Rauschenberg Overseas Cultural Interchange) di BSLN. Terbaru saya hantar penulisan saya ke Dewan Budaya dan saya tulis tentang Redza Piyadasa, Lee Kian Seng dan ada beberapa lagi yang saya tulis dari kita (BSVN) punya koleksi. Pada masa yang sama, saya sempat menguruskan pemeran bertajuk 'Seni Konseptual', koleksi Balai Seni Visual Negara. Saya mengkuratorkan pameran ini bersama Nasir Baharuddin, dan yang lain saya sempat mengkuratorkan pameran 'Wayang Angkat Saksi', koleksi milik U-Wei Shaari.

AA: Selama 3 tahun berkhidmat dengan pihak Balai Seni Visual Negara dan sebelum ini dengan pihak luar, apakah perbezaan dan persamaan yang En. Faizal boleh kongsikan bersama mengenai peranan dan tanggungjawab kurator?

FS: Ketika bergerak sebagai kurator bebas, segalanya berada, segalanya berada di dalam kawalan kita untuk menentukan apa saja yang perlu kita lakukan. Saya juga bebas untuk memilih tajuk dan tempat sendiri tanpa wujud halangan dari pihak lain, kalau kita buat satu, kita sendiri yang tanggung risiko dia, maknaya tidak membabitkan orang lain atau orang atasan (ketua). Jika dibandingkan dengan berkhidmat dengan pihak institusi, ada perkara kita perlu patuh dan hormat pada kehendak institusi itu kembali.

AA: Boleh En. Faizal kongsikan antara contohnya?

FS: Sebagai contoh jika di institusi, tajuk bagi sesebuah pameran telah dibincangkan dan ditetapkan. Peranan kurator di institusi itu pula adalah menerima serta melaksanakan pameran yang telah disenaraikan itu sehingga selesai. Situasi yang berbeza dengan perihal kurator bebas yang berada di luar institusi. Iaitu kurator bebas berhak memilih, menerima mahu pun menolak sesebuah pameran dari pelukis yang diberikan kepadanya berdasarkan keperluan yang ingin dikongsikan bersama masyarakat di luar kelak.

AA: Bukankah kurator di institusi berperanan dalam membina laluan berpameran kepada pelukis di luar sana?

FS: Ya memang benar. Kadang kala kurator di institusi juga bebas memilih corak persembahan pameran. Berbeza dengan kurator bebas, terdapat juga kengkangan sumber wang ringgit dan sebagainya.

AA: Adakah ini bermaksud kurator bebas lebih bergantung kepada projek?

FS: Oleh kerana segalanya diurus selia secara sendiri, perbelanjaan serta peruntukkan sendiri bagi setiap pameran, maka perlu ada usaha lebih bagi seseorang kurator bebas itu untuk keluar mencari dana. Tujuannya adalah untuk keperluan penerbitan, iaitu sama ada buku atau pun katalog. Ini dilihat amat penting kerana kita perlu merekod serta mendokumentasi segala perjalanan dan proses bagi sesebuah pameran yang telah dijayakan. Itu dari segi dana, dari segi mencapai kepuasan pada pendapat saya, menjadi kurator bebas lebih puas berbanding berada di dalam sesebuah institusi. Sebagai kurator bebas atau pun indie, pergi ke rumah artis dengan pakaian biasa itu akan membuatkan mereka agak selesa. Tapi bila kita berpakaian kemas, kasut kilat, bertali leher ataupun berkolar, atau berkemeja, mereka macam takut-takut untuk bercakap dengan kita. Dari segi hubungan, kalau kita berpakaian bebas dan kita jumpa mereka di mana-mana, agak mudah kita hendak berkomunikasi dengan mereka, misal kata hendak kongsi, sebab kita perlukan maklumat mereka untuk buat pameran. Kadang-kadang sebagai kurator di situlah menyekat sedikit sebanyak informasi yang kita perlukan apabila kita datang secara formal. Sebagai kurator bebas juga kita punya kebebasan masa bekerja dan tidak seperti kurator institusi yang memperuntukkan masa kerja tetap iaitu 8 pagi hingga 5 petang.

AA: Jika dilihat dari sudut kerja kuratorial di institusi seperti Balai Seni Visual Negara ini, pasukan kuratornya bekerja dan bergerak dalam satu pasukan semasa melaksanakan tugasan yang diberikan. Kurator bebas pula seperti yang En. Faizal maklumkan sebelum ini bekerja dan bergerak secara sendirian. Apa pendapat En. Faizal tentang hal ini?

FS: Saya berpendapat bekerja secara sendirian adalah lebih mudah dan bebas. Namun tidak dinafikan bekerja secara berpasukan ini adalah lebih baik hasilnya. Bermula dari sesi perbincangan kita akan temui perkara atau ruang-ruang yang perlu diperbaiki atau diperkemaskan, Ini berlaku melalui pengamatan dari rakan sepasukan lain yang sama-sama turut mempunyai objektif yang sama dalam setiap tugasan yang diterima. Setiap tugasan yang diamanahkan mempunyai agenda, visi, sasaran juga standard yang perlu dicapai. Segala perlaksanaan tugasan dilakukan secara kolektif. Namun jika bergerak seorang kurator bebas, apa yang lebih penting adalah kepuasan dalam menjayakan tugasan tersebut.

AA: Apa pandangan En. Faizal mengenai artis menjadi kurator dan kurator menjadi artis? dan bagaimana pula En. Faizal lenih selesa menjadi artis atau kurator?

FS: Kedua-duanya, sebab bagi saya sebagai kurator sebenarnya saya bekerja untuk rakyat dalam tempoh waktu bekerja yang telah ditetapkan oleh institusi. Lepas dalam pukul enam lebih hingga ke malam itu waktu saya sebagai artis. Itulah masa saya sendiri untuk berkarya sebenarnya bukan saya sahaja, malah kurator-kurator dulu seperti Syed Ahmad Jamal, Ismail Zain dan lain-lain,  praktis mereka sebegini juga. Situasi ini berlaku dan ianya dibenarkan pada waktu itu. Sebagai contoh Syed Ahmad Jamal pada satu ketika dahulu merupakan seorang berjawatan tinggi iaitu pengarah dan juga Ketua Kurator. Namun pada masa sama beliau juga aktif berkarya dan berpameran di beberapa tempat termasuk di Balai Seni Lukis Negara ini sendiri.

Ini bukan sahaja di Malaysia, tapi di tempat lain juga berlaku, sebab kelopongan dari segi kuratorial. Dari segi kepercayaan juga menjadi faktor, maknanya ada juga artis yang tidak percaya pada kurator dan artis percayakan diri sendiri, maknnya dia lebih faham tentang karyanya sendiri, macam mana cara persembahan karya, hinggakan dia dia kuratorkan pamerannya sendiri. Selain itu faktor kurator tak ada latar belakang studio menjadi sebab artis menjalankan kerja kurator. Seorang artis walaupun mereka belajar berkaitan praktikal seni, mereka juga belajar sejarah seni, teori, falsafah seni, estetik. Maknanya dia faham macam mana nak gabung antara praktikal dengan teori. Dari segi teori dan praktiknya peranan kedua-kedua ini sama penting dan saling berkait yang perlu ada dalam kerja kurator.

AA: Secara peribadi, sepanjang menjadi kurator bebas di luar dan di institusi, pameran apakah yang memberi impak besar kepada En. Faizal dari sudut tugasan kuratorial dan pameran itu sendiri?

FS: Pameran Rauschenberg. Ini kerana Rauschenberg telah memilih Malaysia sebagai destinasi pameran bergeraknya selepas menjelajah ke benua lain sebelum ini. Pada ketika itu ia bagaikan satu fenomena, dimana semua orang memberi tumpuan penuh kepada kedatangan beliau. Pelbagai pihak terlibat dengan urusan dan pengendalian sepanjang pameran ini berlangsung. Bermula dari ketibaan kontena yang dikawal rapi oleh pihak trafik dan helikopter sehingga selesai pameran. Rata-rata menyambut baik pameran ini kerana pihak Balai berjaya membawa masuk satu nama besar seni lukis ke Malaysia. Antara pameran lain adalah pameran Lee Zi Jian dari Negara China. Pameran ini dianggap bejaya dari segi publisitinya berdasarkan jumlah pengunjung yang hadir ketika itu berada di luar jangkaan. Kalau tak silap saya, ada bayaran masuk dikenakan dalam seringgit dan walaupun benda itu berbayar, seingat saya tapi ramailah 'boom', orang kata memang meletup, maknaya orang datang. Saya kira ini adalah sebuah pameran yang berjaya, berjaya dari segi publisiti, dari segi popularitinya apabila diukur dari segi kunjungan khalayak.

AA: Antara tangungjawab seorang kurator adalah memilih artis, membina konsep pameran dan pada masa yang sama mendidik khalayak. Bagaimanakah bentuk pendidikan itu ditransformasikan sepanjang kerja kuratorial dijalankan di dalam sesebuah pameran?

FS: Bagi saya setiap kali kita bina sesebuah pameran, disamping kita hendak mempamerkan ataupun mengetengahkan artis dan karya-karyanya juga, kita juga mahu khalayak masuk itu melihat karya, adanya teks dinding, teks dinding itu pun susah dikira sebagai satu tujuan mendidik, dan saya lihat benda ini semua satu bahan-bahan yang diujikaji, ada dia punya tajuknya, ada bahan-bahannya yang digunakan, ada labelnya sendiri, adanya dia punya bahan-bahan mendidik seperti risalah, katalog, video temuramah dengan artis. Maknanya proses mendidik itu bukan sahaja berlaku hanya secara formal, di dalam kelas ke, tapi formal dan santai. Masyarakat nampak pendidikan mendidik, hanya melalui buku atau fakta-fakta dan tidak berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang tidak formal. Visual juga adalah salah satu maklumat mendidik cuma cara persembahan dan corak pendidikannya berbeza. Pendidikan itu sendiri memerlukan visual, jadi saya kira benda ini perlu diseimbangkan antara teks visual. Katalog kita hasilkan, brosur kita hasilkan, temuramah, semua itu adalah pendidikan yang boleh digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Kalau sesebuah produk untuk pameran itu mempunyai satu pengunjung yang lebih spesifik itu lagi bagus. Maknaya ia memberi satu medium pengajaran yang lebih spesifik untuk mempertengahkan atau memperdalamkan lagi pemahaman pelajar sendiri. Kita adalah satu dokumentasi sejarah ataupun satu dokumentasi tentang satu penyelidikan  tertentu yang ingin dikongsikan kepada masyarakat supaya memberi kefahaman. Itu boleh meningkatkan lagi pemahaman dan meningkatkan status diri sebagai seorang manusia.

AA: Soalan terakhir dari saya, apakah kerja kuratorial yang En. Faizal sedang jalankan sekarang?

FS: Sekarang ini,  saya terlibat dengan satu pameran dan akan bekerjasama dengan seorang kurator daripada Singapura. Pada bulan Februari kami akan buat projek kolaborasi bertajuk 'Penglipur Lara'. Maksud penglipurlara itu adalah orang yang bercerita perkara sedih-sedih. Kita ambil konsep penglipur lara dalam konteks Asia Tenggara. Kita akan memperlihatkan beberapa seniman dari Asia Tenggara. Saya juga dijemput sebagai kurator bersama (co-curator) Singapore Biennale 2013 dan ditugaskan untuk melihat seni rupa di Malaysia, Saya ini sebagai koresponden dan saya di bawah bendera Malaysia dan ada lagi 27 orang kurator (co-curator) yang lain.

AA: Ok terima kasih banyak En. Faizal kerana berkongsi maklumat

FS: Sama-sama.


Merindui 'jiwa' Sudut Penulis

Oleh: Faizal Sidik

Faizal Sidik, 'Merindui 'jiwa' Sudut Penulis', Berita Harian (Sastera & Budaya), Selasa, 2 Mei 2017, ms 30.


Seniman-seniman Renaisan mereka bergerak atas dasar pencerahan yang dibawa oleh ahli falsafah dan juga reformis-reformis seperti Rene Descartes, Spinoza yang menyarankan pentingnya perubahan-perubahan dimana sebelum ini Eropah berada di Zaman Gelap hampir 1000 tahun. Maka lahirlah seniman-seniman Venice seperti Leonardo da Vinci, Micheangello, Donatello dan lainya. Mereka ini bukan sahaja pelukis misalnya khalayak sering mengaitkan Leonardo dengan catan Mona Lisa di Muzium Louvre, karya itu hanyalah sebahagian daripada manifestasi zaman itu yang mempercayai realisme, naturalisme yang menyarankan rasionalisme atau berfikir dengan akliah yang waras tetapi juga menerobos juga dalam bidang-bidang yang lain juga, Leonardo juga seorang saintis, jurutera, arkitek dan pereka hasil perasaan ingin tahu selepas runtuhnya kuasa gereja yang memasung fikrah mereka selama ini. Daripada perasaan ingin tahu tentang dunia maka bermullah ekspedisi pelayaran mengelilingi dunia yang dibiayai oleh istana dalam mencari-cari sumber-sumber baru di Timur sehinggalah ke Melaka.

Penciptaan dan penerokaan awal mereka ini pula telah membuka laluan kepada Revolusi Perancis oleh Jean Rousseau yang merupakah ahli falsafah, penulis dan komposer muzik abad ke-18 dengan Revolusi Perancis yang juga dikenali Revolusi Perindustrian dalam seni lukis misalnya menghasilkan cara baru dalam menghasilkan warna dengan cepat maka Paris telah menjadi pusat seni penting oleh seniman bukan sahaja daripada benua Eropah malah Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan dari Timur. Mereka migrasi ke lingkuangan artistik ini memahami falsafah pengkajian cahaya dan warna dalam Impressionis, Cafe Montparnsse di Paris telah menjadi pusat intelektual dan artistik bukan sahaja kepada pelukis atau pengarca tetapi penulis, penyajak, pengarah filem duduk berbincang dalam merencana. Seniman seperti Manet, Degas Pablo Picasso, Jean Cocteau, Marc Chagall, Fernand Leger, James Joyce, Ernest Hemingway, Amedeo Modigliani, Ezra Pound, Marcel Duchamp, Constantin Brancusi, Diego Rivera, Alberto Giocometti, Andre Breton, Salvador Dali, Samuel Backett dan Joan Miro adalah antaranya.

Hubungan ini sukar untuk dilihat dimana-mana lagi kecuali kita disini di sekitar tahun 1960 an hingga 1980-an apabila Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan satu ruang iaitu dewan Sudut Penulis di bangunan lama DBP bukan sahaja untuk penulis berwanca mengenai pengkaryaan mereka tetapi untuk terbuka untuk pelukis, pengarca, penyajak, lain untuk duduk berbicang mengenai pengkaryaan seni tanahair antara mereka ini ialah Usman Awang, Keris Mas, Samad Ismail, A. Samad Said, Baha Zain, Maarof Saad, Jaafar H.S. Sutung Umar RS, Ismail Zain, Syed Ahmad Jamal, Redza Piyadasa, Suleiman Esa, T.K Sabapathy, Joseph Tan, Krishen Jit, Kamarul Ariffin, Sharifah Fatimah Zubir, Ahmad Khalid Yusof, Tan Teong Eng, Grace Selvanayagam dan lain-lain. hasilnya pameran ‘Toward of Mystical Reality’ 1974 di pamerkan selain pameran ‘Manifestasi Dua Sen I’ 1970 dan ‘Manifestasi Dua Sen II’ 1971 yang disenggara oleh Usman Awang editor Dewan Sastera ketika itu untuk menghubungkan seni lukis dan sastera.

Pameran ‘Toward of Mystical Reality’ (TMR) telah mengundang perdebatan seni bukan sahaja di kalangan pelukis malah penulis, penyair dan ahli akademik. Sutung Umar salah seorang penolong editor majalah Dewan Sastera terawal dan juga yang mencetuskan Polemik Kesusteraan Islam di antara Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad yang mengemparkan dunia kesusasteraan pada suatu ketika dahulu pernah menceritakan bagaimana semasa perasmian yang dirasmikan oleh Ismail Zain itu mencetuskan perasaan cemas kepada Redza Piyadasa dan Suleiman Esa kerana penyajak Salleh ben Joned telah meyiram urinalnya ke dalam pasu bunga yang merupakan objek yang terdapat dalam pameran itu. Menurut beliau lagi yang berada di dalam dewan  Sudut Penulis itu lagi bahawa  kegilaan Salleh itu sebenarmya untuk membuang ‘sisa perkumuhan’ ke salah satu karya di dalam pameran itu namun membatalkan hasratnya itu.

Dewan Sastera yang merupakan majalah sastera dan seni budaya yang terawal pada masa itu dibawah kendalian Usman dan Sutung telah mencetuskan medan wacana kritikan seni yang hebat berkenaan seniman TMR dengan pengkritik-pengkritiknya antaranya Siti Zainon Ismail “Pengaruh dan Identiti dalam Seni Lukis” (Mac 1975) dijawap oleh Piyadasa dengan “Satu Jawapan Terhadap Tulisan Siti Zainon” (Mac 1975), Siti Zainon membalas pula dengan  “Satu Esei untuk Piyadasa” (Mei 1975), dikembalikan semula Piyadasa dalam “Lagi Satu Jawapan Untuk Siti Zainon” (Jun 1975), kemudian dicelah oleh Salleh Ben Joned dengan tulisan bertajuk “Kencing dan Kesenian: Surat Salleh ben Joned untuk Piyadasa” (Julai 1975)Beberapa bulan tahun itu Dewan Sastera di isi dengan tangkisan oleh Piyadasa terhadap pengkritik-pengkritiknya itu.  Sebelum debat itu hadir Raja Zahabuddin Raja Yaacob juga telah terlebih mencetuskannya dengan“Wawancara Dengan Dua Orang Pelukis Konseptual” di dalam Dewan Sastera (Julai 1974) dan “Seni Lukis Membosankan” di Berita  Mingguan (4 Ogos 1974) di samping Krishen Jit yang menggunakan nama pena Utih dengan “Towards a Mystical Reality” di Sunday Times (4 Ogos 1974) Perdebatan seni yang dilontarkan menerusi persoalan-persoalan dan jawapan-jawapan ini boleh dikatakan sebagai pencetusnya sejarah kritikan seni yang terawal di negara ini yang mempersoalkan antara karya seni dan bukan karya (objek) yang setelah itu membangkitkan gerakan kesedaran umum tentang seni lukis agar seni itu kembali kepada rakyat apa yang yang dikatakan sebagai ‘Seni untuk Masyarakat’. Inilah wadah yang seharusnya berlaku dalam dunia penerbitan seni pada hari ini di sini agar ia dapat mencerna budaya ilmu diantara seniman dan kesenimannya.

Namun itu sebelum itu terdapat juga percubaan-percubaan yang dilakukan kearah itu seperti pameran ‘The New Scene’ pada tahun 1969 yang diadakan di Gallery Eleven oleh pengkarya yang baru balik setelah menerima pendidikan di luar yang membawa idea-idea seni reka Bauhaus oleh Tan Tong Eng, Tan Tuck Kan, Tan Teong Kooi, Jolly Koh dan Redza Piyadasa yang bernafas Konseptual dan Minimalis sebagai reaksi terhadap gerakan Ekspresionis Abstrak yang di bawa oleh Syed Ahmad Jamal, Latif Mohidin, Yeoh Jin Leng dan lain-lain, walau bagaimanapun tidak banyak lontaran kritikan yang boleh dikongsikan untuk khalayak seni negara ini melihat pertembungan ini melainkan penulisan oleh Azmi Manaf ‘Avant Garde’ di Dewan Sastera, Okober 1971.

Selepas itu terdapat dua lagi pameran yang diadakan iaitu ‘Experiment’ 1971 yang juga diadakan di Galeri Eleven oleh seniman-seniman seperti Chong Kam Kow, Redza Piyadasa, Suleima Esa, Tan Tuck Kan dan Teong Eng dan ‘Dokumentasi’ 1972 di Samat Art Gallery oleh Redza Piyadasa dan Suleiman Esa yang mana pameran ini ditulis oleh Ismail Zain dengan tajuk ‘Malaysia Art-Quao Vadis?’, ini merupakan gabungan pertama mereka berdua sebelum tampil di Sudut Penulis, DBP dengan‘Situasi Baru’, 1971 dan ‘Towards Mystical Reality’, 1974. Selepas itu seniman yang bergerak secara kolektif yang membawa Minimal-Konstruktif ini berpecah dan bergerak secara solo. Misalnya Piyadasa ke arah rupa Malaysia dan Suleiman ke arah seni Islam.

Terdapat juga usaha untuk mewujudkan semula ruang ini untuk pelukis mengadakan pameran selepas siapnya bangunan baru di tapak Kedai Buku DBP kini seperti pameran solo ‘Akal Dimata Pisau’ oleh Juhari Said pada tahun 2003 dan beberapa pameran lain. Seniman, sasterawam dan budayawan merindui ‘jiwa’ Sudut Penulis ini untuk terus berwancana.

The Role of Institution in the Malaysian Art Infrastructure: A Roundtable Session (Edited Transcript)



 Baverly Yong, Nur Hanim Khairuddin, Rahel Joseph & Tengku Sabri Ibrahim (Ed), 'The Role of Institution in the Malaysian Art Infrastructure: A Roundtable Session (Edited Transcript)' in Infrastructures Narratives In Malaysian Art (Volume 3), Rogue Art, Kuala Lumpur, pg 78.

Session 1:
Building, Programming, Collecting, Funding, Connecting: What are some of the practical issues faced by institutions involved in Malaysian art?

Target, Benchmarks and Best Practices

M1: Let’s begin with the first sub-topic: What are the targets, benchmarks and best practices for our art and related institutions? When you have reviews of your institutions, or when you are setting up your institutions, what do you look to as best practices? Which institutions do you emulate? Are you following an internal direction? What are your target ? What are your best practices?

...


Faizal Sidik: One of the biggest challenges the National Visual Arts Gallery faces is that there are secretarial and administrative changes every three years so our approach and direction has change as well. NVAG has to satisfy the needs of all its stakeholders. What I am about to share with you is in the 10th Malaysia Plan-some long and short term plans. Our aim is to always support the development of visual arts in Malaysia, supporting not only artists but all relevant parties in the country. As you know, the name of the gallery has changed from National Art Gallery to National Visual Arts Gallery. This means that the scope has widened considerably as it is not just painting and sculptures we are focusing on-we are looking at other art forms such as photography, ceramic, etc. We are also spreading our wings to every region in the country. For example, in the northern part of the country, we have been speaking to Langkawi Development Corporation to open a gallery there. We also have plan to establish a gallery in Pahang and to perhaps enter in to enter into a collaboration with galleries in Sabah and Sarawak. So there are quite a few extensive development programes planned and we need the support of all parties, not only artists.

...

Ahad, 14 Mei 2017

Songket Paintings : Expression of Literature In Craft (English version)

By Rafeaton Fauzi, Hasliza Abdullah & Seow Siew Ling
JustReadOnline TV, May 12 2017

 Video



Full transcript

Narrator: Who has not heard about the legendry princess of Mount Ledang. Almost every living soul in Malaysia knew the story about the beautiful princess who set to be able to change to look a bit protect the mountain. Ancient history and myth described the Mount of Ledang as being a site of rich gold deposit which alert orient traders. Interestingly today, the story of journey made by Malacca Sultan toward to convey the marriage proposal to the Princess of Mount Ledang and the discovery of enchanted garden as told in the Sullalatus Salatin or the Sejarah Melayu are translated in the form of songket paintings. The idea to put songket on canvas was muted local artist Faizal Sidik, who is also National Visual Art Gallery curator. In his paintings Faizal combined craft and traditional literature and manage to revised the mystery and  described the beautiful scenery scene by Tun Mamat and the Admiral were passing thru the enchanted garden during the mission to proposed the princess for the sultan. The mysterious and enchanted garden came alive the reason Faizal Sidik a month long solo exhibition held at Museum of Asian Art, University Malaya Kuala Lumpur. The ‘Faizal Sidik : Songket Paintings’ exhibition showcased over 50 paintings produced by the artist from the year 2010 to 2016.

Faizal Sidik: There is a scene in which a vassal of Sultan, Tun Mamat and Admiral for up to Gunung Ledang, be in for a ride on Gunung Ledang he came across a enchanted garden. So my songket paintings is inspired from the enchanted garden.

Narrator: The solo exhibition were also adaptation from Faizal concern of Sejarah Melayu manuscript which copies may preserve at main libaray in the world such as in London, Netherland, Jakarta and Rusia. Songket paintings on canvas are also the  continuity of  traditional and contemporary paintings using motive of star flower, flowe cape, sunflower and cloud. Faizal Sidik is hardworking and focus to his studies and sensitivity in understanding fine art, especially relating to nature and monarchy. His paintings are pale of tradition Malay literature as a medium communication supported by the visual technique of songket weaving as symbol borderless of aesthetics value. Looking back into a frame of time, the Petaling Jaya born artist has been going beyond the borders to find new idea for his art and to uplift the status the national arts and heritage including to Berlin, Rome and Venice.

Faizal Sidik: I think that we actually have to ask again who are we? Where were we came from?. The point here is that we do not have to produce art work as they (the West) because it is only suitable for their climate and atmosphere. My inspiration come from Southeast Asia, I think so many thing that we can sharing to public from songket  as a craft tradition.


Narrator: Apart of organizing solo and group exhibition, Faizal is also active in curating art shows and writing articles for catalogues, newspapers, magazines and blogs. For sure the collection of songket paintings on canvas by Faizal Sidik is a continuity of tradition in contemporary paintings. Songket painting like this not only capable of giving a new dimension in the national visual art industry but also showcasing the uniqueness and creativity of local artist.

Catan Songket : Ekspresi Kesusasteraan Dalam Kraf

Oleh: Rafeaton Fauzi, Hasliza Abdullah & Seow Siew Ling
 BacalahMalaysia TV, 10 Mei 2017




Transkrip penuh:

Narator: Siapa yang tidak pernah dengar kisah lagenda Puteri Gunung Ledang, boleh dikatakan hampir setiap rakyat Malaysia mengetahui kisah sang  puteri yang amat rupawan dan boleh berubah wajah demi menjaga dan melindungi Gunung Ledang. Sejarah dam mitos menunjukkan Gunung Ledang kawasan yang kaya dengan emas yang turut menarik kehadiran pedagang asing sejak dahulukala. Apa yang menarik kisah dongeng peminangan Puteri Gunung Ledang dan penemuan sebuah taman kayangan yang diceritakan di dalam Sulalaltus Salatin atau Sejarah Melayu diterjemahkan dalam bentuk catan songket. Cetusan idea dan kreativiti catan songket atas kanvas ini diilhamkan kurator Balai Seni Visual Negara dan pelukis tempatan Faizal Sidik. Faizal berjaya menghidupkan  imaginasi taman misteri Gunung Ledang dengan menggabungkan kraf dan kesusasteraan tradisi tentang perjalanan Tun Mamat dan Laksamana yang melalui sebuah taman kayangan ketika misi meminang Puteri Gunung Ledang.  Taman misteri ini berjaya dijelmakan melalui pameran solo Faizal selama hampir sebulan yang berlangsung di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya Kuala Lumpur baru-baru ini. Pameran ‘Faizal Sidik: Catan Songket’ menghimpunkan lebih 50 karya seni terbaharu yang dihasilkan dari tahun 2010 hingga 2016.

Faizal Sidik: Ada satu babak dimana orang suruhan Sultan iaitu Tun Mamat dan Laksamana telah naik ke Gunung Ledang untuk meminang, jadi dalam pada untuk menaiki Gunung Ledang dia terjumpa sebuah taman yang indah. Jadi taman yang indah itu inilah yang saya cuba gambarkan yang diinspirasikan daripada motif songket.

Narator: Pameran solo beliau ini juga adalah adaptasi prihatin Faizal terhadap manuskrip Sejarah Melayu yang mempunyai pelbagai versi dan salinannya yang tersimpan di beberapa perpustakaan utama seperti di kota London, Belanda, Jakarta dan Rusia. Catan songket atas kanvas oleh Faizal pula adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk lukisan kontemporari yang menggunakan motif bunga-bungaan songket seperti bunga bintang, bunga tanjung, bunga matahari, awan larat dan lain-lain. Faizal adalah seorang yang tekun dan fokus dalam setiap kajian dan kepekaannya dalam memahami ilmu seni halus khususnya berkaitan alam dan raja. Karya-karya Faizal mengangkat martabat kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi yang ditampung dengan teknik visual songket, lambang nilai estetika tanpa sempadan. Merenung ke jendela masa, Faizal anak kelahiran Petaling Jaya ini gigih menyusuri setiap sempadan negara hingga ke peringkat dunia dalam mencari idea-idea baru termasuk ke Berlin, Rom dan Venice untuk memartabatkan khazanah seni negara.

Faizal Sidik: Saya nampak kita ini sebenarnya perlu bertanya semula dimanakah asalnya kita. Maksudnya disini adalah kita tidak harus menghasilkan karya sseni sama seperti mereka (Barat) kerana ia hanya sesuai dengan iklim dan suasana disana. Inspirasi saya datangnya dari rantau Asia Tenggara ini, saya nampak songket ini adalah satu kraf tradisi yang banyak lagi yang boleh diperkongsikan.


Narator: Selain mengadakan pameran solo dan berkumpulan, Faizal juga giat mengkuratorkan pemeran seni, penulisan seni untuk katalog, akhbar harian, majalah dan juga blog. Apa yang pasti himpunan catan songket di atas songket Faizal ini adalah kesinambungan tradisi dalam bentuk catan kontemporari. Catan songket sebegini bukan sahaja mampu memberi dimensi baru dalam dunia catan tanahair, namun ia sekaligus mempamerkan keunikan karya pelukis tempatan. 

Khamis, 11 Mei 2017

Negaraku Ke Arah Tauhid



Oleh: Faizal Sidik

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

Negaraku telah lama wujud di sini, sejarah membuktikan bahawa kita telah berada di rantau ini sejak zaman pra-sejarah lagi. Adi Haji Taha (1989) menyatakan di Semenanjung Malaysia terdapat artifak Kebudayaan Tampan yang ditemui di Kota Tampan, daerah Lenggong, Perak menunjukkan kewujudan manusia Paleolitik yang memberi kepada kita tarikh manusia telah wujud di negara kita sejak 40,000 hingga 50,000 tahun yang lalu untuk kebudayaan ini.  Walaubagaimanapun Mokhtar Saidin  (2008) menafikannya dan kajian arkeologi menunjukkan bahawa bukti kewujudan manusia terawal di negara ini adalah sekitar 200,000 tahun dahulu.

Selain jumpaan yang sama juga di temui di Gua Niah di Kepulauan Borneo menurut Abdul Rahman Al-Ahmadi (1997) lagi era Mesolitik atau Hoabinh terdapat jumpaan lukisan dan lakaran gua ditemui di Gua Tambun, Perak yang mengambarkan lukisan orang sedang menari dengan tangannya memegang arang dimana dibahagian kepada orang itu penuh dengan dekorasi tumbuh-tumbuhan, selain itu ada juga lukisan rusa dan pemburu yang dikatakan berwarna kuning tanah.

Di Sarawak catan gua ditemui di Lubang Batu Putih, Gua Sarang di daerah Bintulu. Antara artifak Neolitik yang ditemui di situ adalah barang hiasan seperti gelang yang diperbuat daripada batu dan rantai leher yang dicat. Penemuan rangka terbaru manusia purba Neolitik baru-baru ini di Gua Kepah, Kedah yang berusia 5,000 hingga 6,000 tahun di kawasan arkeologi itu membuktikan wujud juga manusia prasejarah Neolitik di Semenanjung Malaysia yang memetakan negara kita sebagai tapak penting dalam arkeologi dunia.

Adi Haji Taha (1989) mengemukakan lagi bukti yang dikira penting untuk mengaitkan artifak arkeologi prasejarah di Tanah Melayu dengan Orang Asli adalah linguistik, yang mendapat perhatian oleh ahli arkeologi, menurutnya di tanah Melayu, penduduk asli terdiri dari dua golongan besar iaitu Melayu dan Orang Asli yang kemudiannya boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan etnik yang lain. Dari sudut linguistik, orang-orang Melayu bertutur di dalam bahasa yang digolongkan sebagai Austronesia, yang mempunyai asasnya di Taiwan, dan dipercayai perkembangan pertuturan bahasa ini berlaku kira-kira 5,000 tahun dahulu dan dipercayai bertapak di negara ini kira-kira 2,000 tahun silam.

Daripada pembuktian artifak dan mentifaks oleh sarjana-sarjana tempatan ini, jelas kepada kita bahawa Malaysia mempunyai sejarah seni budaya yang panjang bukan hanya bermula kejatuhan Melaka atau sebagai sebuah negara baru selepas kemerdekaan seperti yaang sering disebut oleh sesetengah sarjana Barat tetapi sejak pada zaman pra sejarah lagi bukti sangkalan ini boleh dilihat melalui kesenian purba seperti alat batu, kesenian tembikar, kesenian alat logam, lukisan dan lakaran pada dinding-dinding gua dan linguistik. Peninggalan-peninggalan artifak adalah adalah sesuatu yang perlu dibanggakan oleh kita, kerana sebenarnya ketamadunan kita telah mendahului sesetengah negara mereka sejak awal lagi.

Selepas berakhir zaman purba pengaruh Hindu dan Buddha di tanah Melayu hadir melalui perdagangan dan pengembaraan misalnya di tanah Melayu pusat tamadun ini bertapak di Lembah Bujang, Kedah. Ciptaan manusia semakin bertambah kompleks, mereka telah mula pandai membuat binaan sendiri daripada tanah dimana terdapat tinggalan candi-candi acara ritual diadakan. Pengaruh Hindu Buddha tidak sahaja berlaku di Semenanjung Malaysia malah ke Sumatera, Jawa, Bali, Borneo dan Indo-China. Candi Lembah Bujang (110 SM) dikatakan binaan tertua pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara yang pernah direkodkan selain Angkor Wat (7 M) di Kemboja dan Borobodur (8 M) di Indonesia.

Setelah itu, Islam telah datang ke Asia Tenggara, Othman Yatim (1997) mengatakan terdapatnya batu nisan berukir bertarikh 1297 yang dikenali sebagai Batu Aceh yang ditemui pada di Sumatera utara pada akhir abad ke 13 oleh kalangan kerabat diraja mengesahkan lagi jenazah pemerintah Samudera-Pasai yang kini dikenali sebagai Acheh iaitu Malik al-Salleh yang dikebumikan sebagai orang Islam menunjukkan bukti Islam bertapak di rantau ini. Manakala itu menurut beliau agama Islam sampai di Malaysia pada abad 13 hingga 14 Masihi, ini disahihkan dengan penemuan Batu Bersurat bertarikh 702 Hijrah atau 1303 di Kuala Berang, Terengganu.

Kedudukan Selat Melaka yang terletak strategik ditengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat telah menjadikannya Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa yang mashyur pada abad ke-15 bukan sahaja bagi pedagang Arab, India dan China malah sampai ke Venice, Eropah pada ketika itu. Melaka mencapai kegemilanganya dibawah Kesultanan Islam di dalam pentadbirannya. Tidak hairanlah nama Melaka menjadi sebutan semasa zaman Renaisan di Barat. Dari sini berlaku ekspedisi-ekspedisi ‘veni, vedi, vici’ atau ‘kami datang, kami lihat, kami takluk’. Bermulalah episod gelap tanah Melayu bertukar ganti selama hampir 5 abad menjadi jajahan takluk oleh Portugis selama 130 tahun (1511-1641), Belanda selama 183 tahun (1641-1824), British selama 116 tahun (1824-1940), Jepun selama 5 tahun (1941-1945) dan British sekali lagi selama 11 tahun (1946-1957).

Penjajahan luar dan pergolakan-pergolakan dalaman itu telah membantutkan ketamadunan Melaka dalam kata lain Malaysia sebagai sebuah kerajaan lama dan berpengaruh kepada dunia pada suatu ketika dahulu. Walaupun dijajah kepercayaan kepada Islam masih tetap dipegang malah semakin kuat. Selepas merdeka pada tahun 1957 daripada British, Malaysia telah membina negaranya semula setelah 445 tahun negaranya tertinggal dibelakang negara maju akibat penjajahan. Bermula sebagai negara berasaskan pertanian kepada sebuah negara membangun yang moden berasaskan perindustrian. Malaysia telah menjalankan perubahan drastik dari aspek sosial, ekonomi, politik mahupun budaya melalui dasar-dasar negara antaranya Dasar Ekonomi Baru (1971), Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971), Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran (1985), Dasar Sosial Negara (2003)  bagi melihat program pembangunan yang dirancang mencapai matlamat ke arah pembinaan semula Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum melalui sebuah ideologi negara iaitu Rukun Negara. Kerukunan Rukun Negara ini  mempunyai lima prinsip utama iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.

Dalam kegiatan berkesenian dan berbudaya Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) adalah satu manifesto terhadap halu tuju bagaimana gerakan seni budaya itu seharusnya dimanifestasikan. Menurut Aziz Deraman (2001) kerajaan Malaysia telah menerima dan menetapkan bahawa DKK hendaklah berdasarkan kepada tiga prinsip. Pertama; Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Kedua; Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. Ketiga; Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Ketiga-tiga manifesto ini diperincikan lagi seperti berikut;

Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu – Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi pertimbanagn dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan agama Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

            Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
            Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
            pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, disamping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam  yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.

             
Bagi seniman dan budayawan manifesto DKK telah menjadi panduan dalam pengkaryaan seni budaya melalui kegiatan kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan. Dalam pemanifestasian lapangan kesenian karya-karya seni lukis dalam pengkoleksian Balai Seni Lukis Negara boleh dijadikan sebagai bukti terhadap pengucapan itu. Pengkoleksianya di dalamnya boleh dikatakan sebagai simpanan  khazanah warisan negara yang tidak ternilai harganya kepada bidang seni visual di negara ini, diasaskan sebelum DKK lagi, institusi ini telah melihat karya-karya yang sebelumnya sebagai sebuah laluan pencarian kepada identiti kebangsaan.  Boleh dikatakan institusi ini menemui hala tuju pengkoleksiannya semula impak daripada DKK yang menyarankan prinsip-prinsip di atas.

Karya-karya yang akan dibincangkan terutamanya prinsip yang ketiga menyarankan Islam dalam pembentukan kebudayaan. Ada diantara karya ini telah mencapai umur lebih 40 tahun iaitu jika dibuat perkiraan dari segi umur manusia  yang boleh dikatakan telah matang dari segi pensejarahan, kritikan, perbahasan dan penghayatan. Apa yang lebih penting karya seni ini menjadi artifak atau budaya material kewujudan ketamadunan moden Malaysia yang berpegang kepada kalimah tauhid ‘La illa laillah’ atau “Tiada Tuhan disembah melainkan Allah”. Karya-karya penting dalam pengkoleksian yang dimaksudkan adalah ‘Ke Arah Tauhid’ (1984), ‘Jawi and Nature’ (1984), ‘Subuh’, ‘Dzuhur’, ‘Asar’, ‘Maghrib’, ‘Isyak’ (1993) dan ‘Asma Al-Husna Api, Air dan Angin Seq 3’ (2010).


Sulaiman Esa, ‘Ke Arah Tauhid’ (1983), Campuran, 161 x 230 cm, 
(Koleksi Balai Seni Negara, 1983.006)


Selepas DKK atau Kongres Kebudayaan Kebangsaan berjalan selama lapan tahun pengisiannya dilihat bergerak secara mendatar. Pada tahun 1979 muncul Seminar Akar-Akar Peribumi yang diadakan di Institut Teknologi Mara pada masa itu dalam melihat dan menilai semula dengan lebih serius DKK samada manifestonya dimanifestasikan. Selepas seminar ini Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, ITM sebagai institusi pendidikan seni bumiputera merombak pengisian pengajaranya daripada bersumberkan seni lukis Barat kepada seni peribumi serantau. Peralihan pada awal tahun 1980 an kepada manifesto itu bukan sahaja berlaku pada pelajar malah pensyarah. Suleiman Esa ketika itu merupakan antara tenaga pengajarnya muncul mengadakan pameran solo pada tahun 1984 dengan tema ‘Ke Arah Tauhid’

Karya ‘Ke Arah Tauhid’ (1983) adalah perolehan semasa beliau mengadakan pameran itu Pesuruhjaya Tinggi Australia pada 2 hingga 8 April 1984. Pameran ini menampilkan juga beberapa karya terbaru beliau dalam siri antatanya ‘Fairuz I’, ‘Fairuz 2’, ‘Nurani 1’, ‘Nurani 2’ dan ‘Zamrud’. Walaupun diseliputi kontroversi demi kontroversi siri ‘Ke Arah Tauhid’ yang telah juga diadakan di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun sama ini memuncakkan lagi namanya. Beliau mula berhijrah apabila berjaya menghasilkan karya penting yang mengabungkan konsep seni tradisional Melayu bernafaskan seni Islam dalam kariernya seperti ‘Ke Arah Tauhid’  ini dan ‘Nuraini’ ia yang kedua-duanya menjadi koleksi negara. Karya ini merupakan titik permulaan bagi Sulaiman Esa untuk menempuh sejarah yang lebih menarik dalam mempraktikkan seni Islam.

Karya ‘Ke Arah Tauhid’  adalah salah satu karya yang dihasilkan dengan menggunakan tajuk pameran itu sendiri iaitu Ke Arah Tauhid. Dalam karya ini adalah penerokaan beliau dalam menerapkan unsur-unsur Islam dalam karya seperti matematik, keseimbangan, dualisme dan ‘nur’ cahaya. Dalam karya ini Suleiman menolak format catan kanvas kepada fabrik. Dari aspek bentuk, karya ini seolah permaidani berwarna hijau yang gantung pada dinding mempunyai dua permukaan kiri dan kanan. Dengan menggunakan seratan fabrik karya ini seolah cantum-cantuman bahantara seperti tali kain dalam membentuk garisan berpetak-petakan kecil seperti cetakan kertas yang terdapat dalam ilmu matematik apabila kita membuah rajah teorem.

Selain itu garisan petakan ini diikat dengan buluh nipis membentuk garisan condong dan garisan horizontal pada tengah kedua-dua permukaan adalah teknik ikat yang telah diwarisi sejak zaman berzaman oleh tukang kraf di rantau ini. Dalam sudut yang lain karya ini sebuah karya yang menyalin konsep motif geometrik songket, belahan dedua dan seimbang. Gabungan kraf Melayu dan pengucapan Islam ini menjadikan karya ini mempunyai roh yang tersendiri. Terdapat juga sarjana-sarjana yang membuat apresiasi terhadap karya yang dibicarakan mengikut kronologi tahun misalnya Syed Ahmad Jamal (1988) melihat karyanya adaptasi daripada kraf;

"Beliau mengangkat seni nusantara iaitu kraf Melayu dalam format seni catan moden barat. Beliau mengkaji seni tekstil seperti, songket, batik dan juga kraf yang lain seperti anyaman, ukiran kayu dalam memantulkan wajah serantau. ‘Ke Arah Tauhid’ merupakan kenyataan beliau dalam mentakrifkan apa itu lukisan, apa itu seni. Beliau banyak menggunkan garis grid, ini kerana ilmuan seni Islam mengatakan intipati kerohanian ditentukan oleh grid yang lebih logik kerana ianya bermain dengan sistem matematik dalam membentuk corak arabesque dan geometrik."

Zakaria Ali (1991) pula memberi komentar dari sudut pengaruh pengkaryaan ini daripada sarjana-sarjana seni Islam;

 “Suleiman telah memberikan perhatian kepada tema tauhid di dalam seni. Dipengaruhi oleh Sayyid Hoessein Nasr dan Ismail Faruqi, Sulaiman menggabungi semangat yang berkobar sesudah mengenali kembali apa itu Islam, dengan wawasan apakah ini kesenian Islam, demi mencipta satu siri karya yang pupus dari segala tanda pengaruh barat. Tidak ada imej bergambar, tidak ada naratif, tidak ada rujukan ke alam; motif diulang, dipiuh, disamakan menunjukkan ke arah Kebesaran Ilahi”

Dalam kertas kerjanya, Khalil Amran (1995) membicarakan aspek formalistik dan kandungan bagaiman siri Ke Arah Tauhid ini diilhamkan;

 “Pada tahun 1984, Sulaiman Esa muncul dengan pameran perseorangan membawa tema ‘Ke Arah Tauhid’. Untuk pertama kalinya satu himpunan karya catan seni Islam sezaman dipamerkan menerusi pameran perseorangan. Meninggalkan format persembahan berbingkai yang konvensional, Suleiman condong ke arah seni fiber. Kertas buatan tangan, buluh dan cat akrilik dipadukan bagi membentuk komposisi arabes atau corak Islami yang pelbagai. Seni catannya juga menyarankan keindahan perulangan bentuk-bentuk geometrik dan skema warna bersistematik. Bahannya begitu bersensi kontras dengan kekuatan bentuk serta sifat geometrik yang bersudut-sudut. Antara catan yang sering disebut ialah ‘Nuraini’ (1983) yang berformat oktagon. Arabes atau dalam bahasa Arab ‘Rawriq’ mengajak penghayat mengahalusi keindahan seni abstrak tulen serta kemungkinan-kemungkinan bentuk-bentuk geometrik tanpa batasan. Termasuk dalam definasi arabes adalah organisasi kompleks (complicated organization) kaligrafi dan atau bentuk tumbuah dan binatang yang telah mengalami stalisasi”

Harun Abdullah Coombes (1995) pula menarik perhatian kita dalam kefalsafahan dan material karya
;
“Suleiman Esa adalah merupakan pelukis penting di sini. Pelajar yang pernah berguru dengan sarjana Muslim seperti Sayyed Hossein Nasr, dan pasangan Ismail dan Lamya al-Faruqi pasti tidak lekang dengan falsafah, dan keindahan yang terdapat dalam seni Islam. Isteri beliau iaitu Khatijah Sanusi juga merupakan seorang pelukis sealiran dengan Suleiman. Kedua-duanya cukup dikenali dengan karya-karya fabrik tradisi dan kitar semula. Karya tenunan tangan atas kanvas menggunakan bahan mentah daripada buluh, rerumput, kertas buatan dan benang, Khatijah pula lebih dekat dengan tradisi batik dan songket. Mereka bersama-sama atau secara individu menvisual seni kontemporari dan tradisi bernafaskan Islam dalam bentuk geometrik, arabes, dan kaligrafi penuh dengan kehalusan dan penuh dengan warna. Kedua-dua pelukis ini menggunakan falsafah ikat dan benang pakan  pada ‘kanvas’ fabrik dalam memetaforakan garisan vertikal hubungan kepada Pencipta dan garisan horizontal manifestasi hubungan manusia sebagai kalifah di atas muka bumi”

Pensejarah seni seperti Muliyadi Mahmood (2001, 2008) lebih tertarik kepada faktor sejarah, polisi dan perkembangan beliau;

“Unsur-unsur geometrik kelihatan ketara dalam karya-karya Suleiman Esa dalam siri “Ke Arah Tauhid” (1983/1984). Pameran solonya yang berjudul “Ke Arah Tauhid” telah diadakan di Kedutaan Besar Australia di Kuala Lumpur daripada 2 hingga 8 April 1984. Dalam pandangan menyeluruhnya tentang pameran tersebut, Dr Hj. Mohd. Ahmad Hj Hashim telah menyifatkan karya-karya Suleiman Esa mirip ke arah menyokong ketetapan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Karya-karya Suleiman Esa meletakkan Islam di tahap pertama seperti saranan kongres dalam membentuk Dasar-Dasar Kebudayaan Kebangsaan”
“Pencarian identiti nasional dalam seni diperkukuhkan lagi dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan kecenderungan global terhadap Islam secara umumnya pada dekad 1980 an. Hal ini turut mendorong kepada kemunculan pengucapan seni berasaskan falsafah dan estetika kesenian Islam, sebagaimana diterokai oleh Sulaiman Esa menerusi karya nya yang penting , “Ke Arah Tauhid” (1983), “Nuraini” (1983) dan “Garden of Mystery VI” (1992). Rujukan terhadap estetika kesenian Islam yang berasaskan kaedah formal berbentuk penggayaan, pengulangan, dan pemujaradan juga jelas kelihatan dalam karya beberapa pelukis lain pada dekad 1980 an dan 1990 an seperti “Jawi and Nature 13” (1984) oleh Ahmad Khalid Yusof...”

Abu Talib Putih (2011) dilihat memperkatakan semangat yang ada pada karyawan dan karyanya dari kaca mata batiniah dan transendensi;

“...ada pandangan yang mengatakan Sulaiman sudah tiba ke “kemuncak pencapaiannya” melalui siri Ke Arah Tauhid (1984)  dengan menampilkan ketekunannya “membicarakan estetika Islam/Peribumi” dan meneladani “konsep tradisional menghasilkan karya sebagai doa atau proses penyucian jiwa... Dengan meningkatnya keyakinan beliau, Suleiman menghidangkan keseluruhan karya-karya matang beliau untuk menggambarkan usaha menyadur definisi beliau sendiri ke dalam seninya agar ia wajar dilihat sebagai seni “yang benar-benar spiritual. Di kala kita meneliti idea-idea Suleiman, kita perlu menilik seni beliau bukan saja sebagai sebuah inovasi estetik yang ulung tetapi juga sebagai sebentuk seni spiritual yang gigih berjuang ke arah menampilkan ekspresi tulen tentang kebenaran dan hakikat. Perkara in tampak terlebih nyata khususnya dalam karya Sulaiman berjudul ‘Ke Arah Tauhid’ (1984) yang mengungkap kesedaran beliau terhadap realiti dengan cara menjiwai dan menyatu dengan hal-hal sejagat. Kesedaran sedemikian melimpahkan ke atas diri beliau kepuasan estetika paling hebat dan rasa keindahan yang tinggi. Peningkatan kesedaran terhadap realiti bermakna kepuasan dirinya menjadi kian memuncak. Begitu juga lebih cekal penyatuan dengan alam semesta in dirasai, maka lebih menyusut subjiktiviti individual dirinya, Ini kerana ‘Tauhid’ mengingatkan kita bahawa setiap perkara itu datang dari Tuhan dan kepadaNya ia pulang. Namun, seperti yang dijelaskan kepada kita oleh Chittick umat Islam sentiasa mengatakan proses datang dan pergi ini bukan hanya merujuk kepada peristiwa-peristiwa pada masa lalu dan akan datang tetapi juga pada masa sekarang”


Anuar Rashid , 'Asma Al-Husna Api, Air dan Angin Seq 3', (2010), Campuran, 213 x 274.8 cm,
(Koleksi Balai Seni Negara, 2014.183)

Karya Anuar Rashid ‘Asma Al-Husna Api, Air dan Angin Seq 3’ (2010) adalah salah sebuah karya dalam pameran solo ‘Mihraj-Penerbangan Ke Langit Aku Hanya Seorang Tukang Cerita’ yang diadakan di Balai Seni Visual Negara pada tahun 2015 dan dikuratorkan oleh Ameruddin Ahmad. Karya ini boleh dianggap sebagai kesinambungan karya Api, Air dan Angin’ yang dihasilkan sekitar tahun 1970 an sebelum ‘Kelahiran Inderaputra’ lagi. Asma Husna adalah merujuk nama-nama dan sifat-sifat Allah. Dalam karya ini kita dapat melihat nama-nama Allah pada ombak-ombak yang beralun, cahaya daripada langit dengan teknik glazing meningatkan kita kepada karya ‘Kelahiran Inderputra’. Karya ini menggunakan kaligrafi sebagai subjek utama Air (ombak), Api (cahaya dari langit) dan Angin (gelora tiupan ombak).

Karya ini boleh dianggap sebagai sebuah ekspresi karya lanskap laut kerana pelukis membahagikannya kepada dua bahagian iaitu antara langit dan bumi (laut). Pada sudut sebelah tengah seperti suatu cahaya yang biasa dilihat dalam karya-karya Anuar terdahulu, bermulanya Asma Al-Husna bermula dengan tertulis kalimah ‘Allah’, di ikuti dengan ‘Ar-Rahman’, ‘Ar-Rahim’ dan seterusnya. Pergerakan ini turun ke atas ke bawah dimana nama-nama ini dibentuk melalui alunan ombak-ombak yang berlapis-lapis dan bergelora. Kelihatan buih-buih puth di dasar air laut itu membentuk Asma Husna. Selain itu dikutip juga ulasan-ulasan lain misalnya Siti Zainon Ismail (1989) meninjau bagaimana karya ini diilhamkan, menurutnya;

 “Kelahiran ‘Inderaputera’ dapat dianggap sebagai titik awal penggerak usaha Anuar Rashid ke dimensi seni yang luas dan sejagat. Beliau tidak terikat dengan imej lateral tetapi langsung ke ruang pencernaan murni hingga karyanya lebih ekspresif.”

Khalil Amran (1995) mengambarkan suasana karya Api, Air dan Angin’ dikomposisikan sebelum kemunculan sambungan (sequel) dalam karya ini;

“Nafas kehidupan yang bermula dengan semangat angin, air dan api dijelmakan sebagai latar subjek: gelombang laut, ribut serta pancaran cahaya/api...Ketangkasan wira (Inderaputera) yang tidak pernah kalah di tangan musuh-musuhnya, dihangatkan oleh susunan warna-warna bergetar, bergelombang, dan mencengkam, sebagai simbol imej yang ingin disampaikan.

Sementara itu Muliyadi Mahmood (2001) memperasalusulkan perihal karya ini melalui karya besar beliau dan melihat kesinambungannya.

 “ Anuar Rashid melalui karya ‘Kelahiran Indera Putera’ (1978) misalnya mengambil sastera Melayu zaman Islam sebagai subjek kajian. Hikayat Indera Putera sememangnya belum bebas dari unsur metos, lagenda dan magis meskipun tergolong dalam sastera zaman  Islam...Rujukan sastera dan lagenda dan hikayat Melayu seperti ini turut lahir dalam pelukis lain, khususnya Anuar Rashid. Beliau dalam catannya “Kelahiran Inderaputera” (1978) telah begitu impresif dengan menonjolkan sebuah karya yang gagah tentang legenda besar. Pengolahan formalnya berbau Futurisme, sebuah aliran yang bersumberkan daya kepantasan dan kelajuan, lahir di Itali pada awal abad ke-20. Karya Anuar Rashid merupakan satu contoh pertembungan unsur-unsur tradisi dan moden”

Di Alam Melayu apabila kita membicarakan tentang seni bernafaskan unsur-unsur keislaman jarang sekali untuk mengaitkannya dengan pusat Islam itu sendiri iaitu Kaabah yang terletak di Mekah al-Mukarramah. Perbicaraanya tentang seni Islam di Alam Melayu lebih memokuskan kepada unsur-unsur ranting yang bersifat setempat yang dikatakan sebagai mempunyai ciri-ciri seni suci itu tanpa melihat asal-usul binaan Kaabah itu sebagai pokok terhadap perbicaraan itu tadi. Titus Burkhardt (1976, 2009) dalam bukunya Art of Islam mengatakan:

Kita seharusnya memulakan pemerhatian   kita berkenaan  seni Islam dengan penerangan berkenaan dengan  Kaabah dan peranannya dalam peribadatan, merupakan pusat yang penting bagi seni Islam, terutama pada seni bina adalah cukup jelas. Seperti yang diketahui umum, setiap umat Islam menghadap ke arah  Kaabah ketika mengerjakan ibadah solat  dan setiap masjid berpandukan arah ini...

Menurutnya Kaabah bukan sahaja berperanan sebagai arah tuju tempat peribadatan  bagi menjalankan ibadah solat atau ibadah-ibadah baik yang lain kearahnya tetapi juga merupakan fokus utama terhadap seni Islam itu sendiri. Kaabah adalah binaan yang sangat rapat hubungannya dengan agama Islam. Kehidupan muslim sentiasa akan berhubung dengan artifak ini setiap hari dalam ibadah solat untuk berhubung dengan Allah SWT. Kaabah. konsep dan ideologinya sangat signifikan bagi masyarakat di Nusantara terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan haji. Selain itu dalam mengerjakan ibadah haji atau umrah (ziarah) Kaabah mempunyai perkaitan yang rapat dengan kota Mekah di mana artifak ini berada. Banyak kajian yang mendapati bahawa Kaabah adalah titik tengah dunia ini. Mesej pemikiran yang disampaikan oleh perlakuan “mengadap ke arah kiblat” adalah sebagai satu kerendahan hati terhadap pencipta iaitu Allah SWT. Mengikut konteks ia adalah satu sifat kerendahan hati dalam mengerjakan ibadat yang diperintahkan iaitu solat, satu ibadat yang memerlukan orang Islam mengadap ke arah kiblat ini.







Fatimah Chik, ‘Siri Solat: Subuh, Dzuhur, Asar, Maghrib dan Isyak’ (1993)
(Koleksi Balai Seni Negara)

Atas kesedaran itu Fatimah Chik menghasilkan karya batik dalam memanifestasikan ibadat solat dengan karya ‘Subuh’, ‘Dzuhur’, ‘Asar’, ‘Maghrib’, ‘Isyak’ (1993). Karya yang disusun mengikut permulaan solat bagi seorang Muslim  bermula dengan Subuh dan berakhir dengan Isyak. Daripada susunan waktu solat dalam karyanya warna memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan cahaya matahari yang menentukan waktu solat. Misalnya waktu Subuh digambarkan warna gelap sebelum fajar menyinsing. Waktu zuhur iaitu waktu matahari naik di atas kepada dengan warna terang iaitu merah kekuningan. Waktu Asar matahari semakin menurun dengan warna yang rendah sedikit daripada waktu solat sebelumnya.  Pada waktu maghrib iaitu apabila matahari mula tenggelam digambarkan dengan warna semakin suram. Manakala waktu solat terakhir bagi umat Islam apabila matahari hilang sepenuhnya digambarkan dengan warna gelap.  Pandangan beberapa sarjana-sarjana lain mengulas karya beliau dipetik, misalnya Dzul Haimi Md Zain menyebut pengkaryaan Fatimah Chik menyemarakkan semangat kenusantaraan katanya;

 “Motif-motif tradisi dapat dilihat jelas serta diberi nafas baru dalam catan-catan Fatimah Chik. Unsur-unsur kesenian kaum serantau seperti Batak, Dayak, Sumba. Celebes dan Melayu dikajinya iaitu diterjemahkan menerusi format catan moden berkonteks galeri melalui daya kreativiti dan sensetivitinya. Menerusi “Siri Nusantara”, Fatimah menggabungkan motif-motif daripada kain pua, batik, songket dan cindai dengan menggunakan media batik. Di samping motif-motif kain ini, beliau turut merujuk kepada ragam hias barangan perak dan seni ukir Melayu tradisi yang ternyata kaya dengan falsafah dan pengertiannya. Fatimah juga muncul dengan “Siri Gunungan” yang bertalian dengan wayang kulit, simbol kepada ragam kehidupan di dunia ini. Karya-karya Fatimah turut merakamkan unsur-unsur spiritual yang berkaitan dengan kepercayaan kaum serantau, misalnya tentang langit, gunung dan laut. Karya-karyanya berimejkan ASEAN sebagai suatu kaum”

Ruzaika Omar Basaree (1995) menyentuh persoalan perletakkan bentuk formal motif dalam menggangkat karya ini;

 “Dalam karya bertajuk “Subuh, Zohor dan Isyak” oleh Fatimah Chik, iaitu tiga buah karya batik yang berbentuk skrol, mengingatkan tanggungjawab kita terhadap Allah S.W.T., supaya kita mengerjakan solat. Karya hebat dengan kegunaan motif-motif tempatan dan serantau. Apa yang menarik adalah cara beliau mengendalikan susunan motif-motif tersebut sehingga  terbitnya beberapa lapisan gubahan yang berbentuk simetri yang kelihatan begitu sepadu struktur komposisinya.”

Bagi Muliyadi Mahmood (2001) beliau menyentuh hala tuju catan batik disamping memperdalamkan persoalan pembentukan formal motif  yang menghubungkannya dengan falsafah seni Melayu;

“Kecenderungan Fatimah Chik terhadap seni tradisi serta motif-motif serantau ini memperluaskan skop catan-catan batik moden yang sebelum ini banyak berkisar kepada tema-tema landskap dan kehidupan harian semata-mata. Pendekatan beliau juga melukiskan bahawa rujukan pelukis terhadap kesenian tradisi bukanlah sekadar tertumpu di tahap luaran semata-mata, tetapi merangkumi unsur-unsur yang tersirat menerusi perancangan dan penyelidikan. Motif-motif tradisi seperti pucuk rebung berkaitan dengan seni sastera dan budaya antara lain menyimpulkan pengertian tentang pendidikan, misalnya ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Atau barangkali dalam seni ukir Melayu tradisi di mana alam flora yang berlingkaran membentuk ragam hias ‘awan larat’ mendukung makna dan falsafah yang tersirat. Misalnya dalam motif itu, hujung komponen tumbuhan tidak menikam hujung komponen lain yang bermaksud dalam kehidupan kita tidak seharusnya mengkhianati orang lain. Motif-motif tradisi seperti ini mendukung serta membawa nilai-nilai estetika Melayu”


Ahmad Khalid Yusuf, ‘Jawi and Nature’ (1984), Akrilik atas kanvas, 176 x 130 cm, 
(Koleksi Balai Seni Negara, 1984.002)


Dalam menjadikan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan, Ahmad Khalid Yusuf cukup konsisten eksplorasi karya jawi sejak 1970 an lagi. Dalam karya ‘Jawi and Nature’ (1984) beliau terus memperjuangkan tulisan Arab (jawi) sebagai bahasa Al-Quran. Dari aspek bentuk, karyanya boleh dianggap sebagai catan bidangan kerana keseluruhanya menggunakan warna biru. Terdapat relung dibahagian tengah karya yang menyeimbangkan antara bahagian kiri dan kanan. Manakala itu di bahagian tepi catan sebelah kiri dan kanan terdapat garisan lurus menegak. Dari sudut kerohanian karya ini dilihat seolah-olah sebuah sejadah atau tikar solat dimana rekabentuk relung menyamai sebuah mihrab. Mihrab adalah bahagian hadapan dalam seni bina masjid dan terdapat juga kebanyakan surau kini sebagai arah kiblat. Bahagian hadapan mihrab inilah yang menentukan arah kiblat yang mengadap ke arah Kaabah, menjadi tempat imam mengimami solat.

Bentuk relung separuh bulat juga menyimbolkan rasa kerendahan hati dan diri seseorang Muslim dalam berhadapan dengan Pencipta dalam mengerjakan ibadah solat. Bahagian dalam relung terdapat berkelompokan seolah-seolah beliau mengambarkan sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang indah. Gambaran taman bunga ini  terdapat dalam surah di dalam Al-Quran;

“Sesungguhnya orang yang bertaqwa disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka inginkan. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan terutama anggur. Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya”.

                                                                                                 (Surah Al-Naba’, ayat 31-33)

Tulisan jawi yang terdapat pada badan catan di tulis secara berterusan dan motif salur buyur dibahagian tepian catan dibahagian kiri dan kanan secara menegak seolah-olah aluan-alunan zikir mengingatkan kita kepada  Pencipta. Karya yang menggabungkan tulisan jawi dengan kealaman ini juga mendekatkan kita kepada alam tumbuh yang menjalar ciptaan Allah. Dalam usaha memperdalamkan penghayatan karya ini beberapa ulasan ilmuan-ilmuan dikumpul, misalnya Syed Ahmad Jamal (1984, 1987) menyentuh soal estetika Islam dalam karya khat ini menurutnya;

 “Ahmad Khalid Yusof ialah pelukis yang utama yang menggunakan khat sebagi bentuk penglibatannya. Sejak ‘Alif Ba Ta’ (1971), Ahmad Khalid telah berpaling dari aliran utama ekspressionisme abstrak. Sejak itu bidang penglibatan beliau terbahagi kepada dua ruang rujukan, yang pertama ialah pemilihan khat sebagai bentuk penggambaran: yang kedua ialah dimensi gambaran pemilihannya. Beliau menggunakan khat sebagai elemen gambaran –bentuknya berkembang dari peraturan khat yang tetap kepada coretan optik berirama yang mengacah fakulti pengamatan. Bingkai persegi tegang arkitektonik bagi lukisan Ahmad Khalid menegaskan ketetapan tampak dan format kanvasnya. Kedataran dan kawalan tona kroma menghasilkan ketegangan struktur permukaan. Ini mencerminkan pendekatan dengan konsep Islam serta estetika gambaran sezaman. Permukaan gambaran berstruktur ini mewujudkan getaran yang lembut, mengingatkan permerhati, mengenai peraturan, disiplin, kesopanan, kecerahan dan warisan budaya Islam”

“ Ahmad Khalid pula menggunakan profil datar yang bermula dengan siri ‘Alif Ba Ta’ dalam tahun 1981. Ini menentukan dengan tepatnya ‘corak tidak terhingga’ , ‘ketampuaslian’, dan ‘ketanpazatan’ "

Ruzaika Omar Basaree (1995) sebagai khalayak yang memerhatikan mengambarkan responnya terhadap tindak balas emosi yang beliau peroleh;

“Karya seperti ‘Jawi Into Nature’ oleh Ahmad Khalid Yusof menggunakan tulisan jawi yang berasal dari tulisan Arab yang selalu dikaitkan dengan seni khat Islam. Ahmad Khalid menggunakan tulisan jawi halus yang tenggelam timbul dalam alunan warna yang lemah lembut sehingga menimbulkan satu suasana sepi tetapi tenang.”

Bagi Khalil Amran (1995) beliau terkesan dengan sifat sejadi atau elemen fizik yang ditonjolkan dalam karya ini berbanding elemen emotif;

“Begitu juga halnya dengan Ahmad Khalid Yusof. Sejak 1970 an sehingga kini seni khat merupakan subjek, bentuk, garisan dan struktur catan-catannya. Ahmad Khalid sentiasa merencanakan keharmonian antara tulisan dan latar, khasnya dari segi warna. Kesan ini berjaya ditonjolkan menerusi media akrilik”

Redza Piyadasa (2002) pula lebih fokus kepada latar belakang sejarah, reaksi pelukis dan Piyadasa seterusnya ‘memasuki’ ke dalam karya ini, hasilnya beliau membuktikan;

 “Ahmad Khalid merupakan pelukis yang terawal menggunakan tulisan kaligrafi dalam catan dengan pengaruh ekspresionisme abstrak oleh pelukis Amerika Mark Tobey, karya kaligrafi beliau memperlihatkan jalinan nya di atas permukaan dengan cara tulisan jawi ditulis bertindih-tindih di atas kanvas. Dengan semangat revivalisme Melayu-Islam yang muncul pada tahun 1980 an beliau mula menggunakan simbol alam Melayu dengan menggabungkannya dengan tulisan jawi. Karya ini boleh dikatakan adalah satu refleksi kesenian Melayu-Islam yang mula digerakkan oleh pelukis Melayu di Institut Teknologi Mara
Skema warna ungu yang lembut pada catan ini menampakkan kawalan beliau berkarya. Imej di tengah kelihatan seperti sebuah pintu masuk sebuah masjid. Pintu ini mungkin mengingatkan simbol kepada maksud kehidupan mistikal sufi. Terdapat juga beberapa bunga raya dibahagian tengah yang juga kebangsaan Malaysia. Kelihatan warna merah pada bunga ini cukup dirasakan dibahagian pintu tadi. Manakala itu bahagian kiri dan kanan terdapat garisan vertikal terdapat motif awan larat yang disusun secara pengulangan.”

Siti Zainon Ismail (2007) lebih berminat untuk  bereaksi dengan bentuk luar dan dalam seperti label karya dan semangat pengkaryaan pelukis;

“Beliau mula memperdulikan huruf jawi-Melayu sejak awal 1970...Gaya menjawikan ragam hias lukisannya makin berkembang sehingga hayatnya. Kecintaan kepada budaya ibunda tampil dengan judul yang menyayat seperti “Seribu Satu Malam”, serta nada memperibumikan imej dalam “Kain pelekat”, “Kaligrafi Jawi”, “Kaligrafi Pantun”. Warna-warna tipis dengan garis halus itu kadang seperti huruf –huruf tunggal Jawi, ai’n, ra, b, dengan garis spontan dilayang tipis, terawang-awang dengan warna berbagai...”

Kesimpulan
Daripada artifak budaya material iaitu karya bernafas keislaman ini jelaslah bahawa prinsip
ketiga DKK yakni 'Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan'. Agama Islam memberi panduan kepada seniman-seniman kita berkreativiti.
Rasa kesyukuran ke hadrat Pencipta keranan seni Islam ke arah mentauhidkan Allah
berlandaskan falsafah seni  Islam iaitu kebenaran, keindahan dan kebaikan semakin subur
dalam pengkaryaan seniman kita pada hari ini. Negaraku hendaklah dihayati bukan sekadar
sebuah puisi lirik. Bibit-bibit yang dilagukan  “rahmat bahagia Tuhan kurniakan” hendaklah
dihayati sedalamnya. Sememangnya kehadiran Islam adalah kurniaan atau anugerah Allah
untuk manusia, Islam adalah agama 'rahmattan lil alamin’ atau Islam adalah rahmat untuk semua.


Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.


Rujukan:

A.Aziz Deraman (2001), Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia-Suatu Analisis Perkembangan Kebudayaan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abu Talib Putih (2011), ‘Al-Insyirah: Maqam Kesedaran Dalam Perjalanan Seni Seorang Pelukis’ dalam Rajaah: Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950-an -2011, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Abdul Rahman Al-Ahmadi (1997), ‘General Introduction on Cultural Development In Malaysia’ Arts and Islamic World Journal, Islamic Arts Foundation, London.

Adi Haji Taha (1989), ‘Arkeologi Orang Asli’ dalam Akademika 35 (Julai 1989) 113-124
Al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan (2011), Yayasan Restu, Shah Alam.

Anisah Syed Mohamed (1984), ‘Suleiman Hj. Esa-Towards An Islamic Concept in Contemporary Art’, dalam katalog pameran Ke Arah Tauhid, Pesuruhjaya Tinggi Australia.

BERNAMA, ‘Rangka Manusia Ditemukan di Guar Kepah Mungkin Milik Wanita Zaman Neolitik’, April 2017.

Dzul Haimi Md. Zain (1989), ‘Gunungan: Pameran Perseorangan Fatimah Chik’ dalam Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis Hingga Era Pluralis, Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Dzul Haimi Md. Zain (1991), ‘Seni Islam Sezaman Di Malaysia-Kedatangan Islam Ke Malaysia’ dalam katalog pameran Senirupa Islam Malaysia-Tradisional dan Sezaman, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Faizal Sidik (2012), ‘Sulaiman Esa: Pertemuan Timur-Barat dalam Karya’, Dewan Budaya, Bil. 6,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Harun Abdullah Coombes (1995), ‘The Islamic Spirit-Social Orientation in Contemporary Malaysian Art’ dalam katalog pameran Art & Spirituality (Kesenian dan Kerohanian), National Art Gallery, Kuala Lumpur.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia (1994), Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Kuala Lumpur.

Khalil Amran (1995), ‘Seni Islam Sezaman Di Malaysia-Suatu Pembicaraan’, Kertas Kerja Seminar Kesenian dan Kerohanian: Manefestasi Islam Dalam Perkembangan Seni Lukis Sezaman di Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Mohd. Ahmad  Hj. Hashim (1984), ‘Ke Arah Tauhid-An Overview’, dalam katalog pameran Ke Arah Tauhid, Pesuruhjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur.

Mokhtar Sidin (2008), ‘Hasil Seni Zaman Pra Sejarah Malaysia’ dalam Susurmasa, Balai Seni Lukis Negara Kuala Lumpur.

Muliyadi Mahmood (1993), ‘Kemekaran Jiwa Islam Dalam Seni Lukis Malaysia Sezaman’  dalam katalog pameran Manifestasi Jiwa Islam dalam Senirupa Malaysia Sezaman, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Muliyadi Mahmood (2001 Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis Hingga Era Pluralis, Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Othman Yatim (1997), ‘Islamic in Malaysia-Reflections on Historical Links Between South and South-East Asia with Special Emphasis on Mortuary Arts’ dalam Arts and Islamic World Journal, Islamic Arts Foundation, London.

Redza Piyadasa (2002), Masterpieces from the National Art Gallery of Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Ruzaika Omar Basaree (1995), ‘Kesenian Islam: Suatu Perspektif Malaysia’ dalam pameran Kesenian Islam-Suatu Perspektif Malaysia (Festival Istiqlal 1995 di Jakarta, Indonesia), Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Siti Zainon Ismail (1989), ‘Imej Tinggi Agung dalam Seni Lukis’ dalam Percikan Seni, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Siti Zainon Ismail (2007), ‘Nuansa Khat : Nuansa Muslim’ dalam katalog Pameran Nuansa Khat: Nuansa Muslim, RA Fine Art, Kuala Lumpur, ms 14.

Suleiman Esa (1992), ‘Identiti Islam Dalam Senirupa Malaysia: Pencapaian dan Cabaran’ dalam katalog pameran Identiti Islam Dalam Senirupa Malaysia: Pencapaian dan Cabaran ,Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Suleiman Esa (2000), ‘Meluahkan Yang Tak Terungkap: Perkembangan Seni Islam Kontemporari Malaysia Dalam Dua Dekad’ dalam katalog Pameran Seni Lukis Islam Kontemporari Sempena Smbutan Maal Hijrah 1421, Galeri Shah Alam.

Titus Burkhardt, (1976, 2009), Art of Islam-Language and Meaning, World of Wisdom,

Syed Ahmad Jamal (1984), ‘Seni Rupa Islam’ dalam katalog Pameran Seni Lukis dan Seni Khat (Pameran Tamadun Islam), Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Zakaria Ali (1991), Kemalaysiaan Senilukis Malaysia: Soal Identiti, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

Zakaria Ali (2004), Alif Ba Ta - The Life and Times of Ahmad Khalid Yusof, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.